loading...

Begini cara DIY buat gambar passport di rumah. Tak payah guna tuala lagi lepas ni

Sekiranya sebelum ini, ramai yang terpaksa pergi ke kedai gambar bagi mengambil gambar bersaiz passport. Namun, kini dengan kemajuan teknologi, semua ini boleh dilakukan di rumah dengan menggunakan telefon pintar dan mesin pencetak sahaja.

Sebelum ini, ramai yang menggunakan tuala ataupun dinding sahaja bagi mendapatkan latar belakang gambar yang berwarna putih ataupun biru untuk dijadikan gambar passport mereka.

Namun, baru-baru ini, seorang pengguna Twitter telah berkongsi cara sebenar mahu mengambil gambar passport secara DIY tanpa menggunakan dinding dan tuala.

First of all, ambik gambar sendiri. Tak kesah plain background or tak, lagi senang plain, or dah ada gambar yg formal and yg penting pandang camera mcm gambar mina kt bawah ni

And then sesiapa yang pandai pakai photoshop boleh select and buang background or yang pandai buat pakai apps dekat phone lagi senang. Google blue passport background and letak dekat layer belakang

So basically dia akan jadi mcm ni.

Next step pergi ke google and type website ini.  Then tukar country tu ke Malaysia and size semua dah ada then tekan done je.

Alright then upload gambar yang sah edit tadi, and then crop, kena pakai pc eh dalam phone takleh nak crop

Okay bila dah crop dia akan bagi option nak download or email, senang tak hehehehe, so boleh buang jerawat sendiri, putihkan or edit apa apa la yg kau nak hahaha

Dia akan automatically susunkan dalam format macam ni, so tinggal pergi kedai printing and print atas photo paper je, jimat! Satu keping baru berapa ringgit

Print la seratus pun takda siapa marah hihi, nah kot boleh bawak sampai mimpi haha

Sumber : Mina



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments