loading...

Setelah bertahun-tahun menyepi, ini wajah terkini Nasha Aziz

Pelakon Nasha Aziz yang tinggi lampai ini bukanlah nama asing di dalam industri hiburan tanah air.

Kalau lihatkan rupa, Nasha Aziz merupakan salah seorang wanita idaman jejaka Malaya. Namun sehingga ke hari ini, masih tiada jejaka yang berjaya mencuri hati si dara ini.

Meskipun sudah mahu menginjak ke usia 5 series, Nasha masih tampak muda, masih solo dan masih mencari si Adam yang boleh mengisi hatinya.

Walaupun Nasha Aziz sudah jarang muncul di kaca televisyen, namun populariti pelakon jelita ini seseolah boleh diibaratkan seperti tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas dan masih diminati peminat sehingga ke hari ini.

Setelah sekian lama menyepi daripada bidang peragaan, Nasha Aziz membuat kemunculan semula apabila dia diangkat sebagai ‘muse’ koleksi raya eksklusif jenama lokal, RizmanRuzaini.



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments