loading...

Asal usul fenomena “Done” yang hadir setahun sekali semasa bulan Ramadhan

Setiap kali tibanya bulan Ramadhan, pastinya akan terlintas di newsfeed anda di Facebook trend-trend yang akan menjelma hanya setahun sekali, iaitu hanya pada bulan puasa.

Salah satu trend yang cukup popular yang di kalangan netizen adalah fenomena Done dengan meninggalkan komen-komen yang bermula dengan perkataan done di Facebook selepas melakukan apa-apa tugas atau aktiviti sepanjang bulan Ramadhan.

Contohnya:

1. Selesai sahur – pos kapsyen ‘Done sahur’
2. Selesai solat terawih – pos kapsyen ‘Done Tarawih’
3. Selesai solat 5 waktu – pos kapsyen ‘Done Solat’

… dan seterusnya.

Begitulah yang ciri-ciri penting fenomena Done yang sedang menjadi troll yang hangat di laman media sosial sekaran ini.

Sebenarnya, ianya lebih bersifat sarcasm atau sindiran kepada golongan-golongan yang memerlukan perhatian di media sosial. Spesis-spesis seperti ini selalunya dilabel sebagai attention seeker yang dahagakan pujian sesama manusia sahaja.

Tidak semua perkara kita yang lakukan perlu diberitahu kepada orang lain kita, terutama yang berbentuk amal ibadah. Sekiranya tiada keperluan atau ada sebab tertentu itu, biarkanlah ibadah iyu antara kita dengan Allah SWT.

Sekiranya apa yang kita lakukan itu ikhlas kepada Allah SWT, maka, tidak perlulah perbuatan ‘baik’ kita itu dijajakan kepada rakan-rakan lain terutamanya di laman media sosial. Sikap dan perbuatan sebegini boleh menjerumuskan kita kepada kelakuan ujub dan riak yang sangat dibenci di dalam agama Islam.



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments