loading...

Malique sedang ‘berperang’ dengan Altimet, namun respons peminat mereka memang menghiburkan

Sejak kelmarin, jadi kecoh di laman Facebook ‘perang’ di antara dua penyanyi rap, Altimet dan Malique yang dikatakan saling ‘menganjing’ di antara satu sama lain menerusi lirik lagu mereka.

‘Pergaduhan’ mulut ini bermula setelah Altimet melancarkan single terbaru beliau yang berjudul Mambang di mana liriknya dikatakan telah menyindir penyanyi lagenda, Malique yang telah lama pun menyepikan diri daripada industri seni.

Malique kemudiannya telah membalas sindiran Altimet itu melalui lagu Gong Nekara yang dilancarkan olehnya beberapa hari selepas lagu Mambang, Altimet itu menjadi bualan peminat mereka.

Situasi ini  kemudiannya itu telah menarik perhatian peminat-peminat mereka yang kemudiannya telah meninggalkan komen-komen yang memuji sikap professional kedua-dua orang penyanyi ini meskipun tidak ‘sebulu’ di dalam industri.

Menurut seorang pengguna Facebook, lagu Gong Nekara itu bukanlah ditulis oleh Malique, sebaliknya ianya ditulis sendiri oleh Kmy Kmo yang merupakan anak didik Malique.

Sementara itu, Kmy Kmo menerusi laman Instagram rasminya telah membuat sebuah pengumuman rasmi bagi menafikan penglibatan Malique dalam proses pembikinan lagu Gong Nekara itu. Walau bagaimanapun, penyanyi itu tidak menafikan desas-desus yang mengatakan lagu tersebut ditujukan kepada penyanyi Altimet.



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments