loading...

‘Terima Kasih Kerana Tutup Periuk Nasi Saya’ – Natasha Elyzza

Baru-baru ini memang agak kecoh isu video seksi yang dakwanya pelakon terkenal Fathia Latiff dan Natasha Elyzza. Kontroversi yang melanda itu menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai termasuk rakan artis.

Tindakan mereka dianggap bodoh dan tidak bermoral. Terbaru Natasha mengucapkan terima kasih buat peminat yang menjatuhkan namanya di persada seni.

Terima kasih

Dalam rakaman tersebut, Natasha menyindir dengan menyatakan rasa terima kasih kepada individu yang telah merakam perbuatan mereka menari ghairah di laman sosial tersebut sehingga menjadi perhatian umum.

Namun dalam masa yang sama, Natasha tetap menafikan bahawa wanita yang muncul di dalam video tersebut adalah Fathia Latiff. Pelakon baru ini juga turu dilihat menangis di atas perkara yang terjadi.

Lebih menarik, terdapat suara lelaki yang mempertahankan tindakan Natasha selain menyatakan apa yang terjadi bakal menutup periuk nasi wanita berkenaan dalam mengharungi kehidupan sebagai selebriti di Malaysia.

Sumber : Rotikaya



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments