loading...

Zul Ariffin kini diserang komen-komen ghairah dari peminat wanita

Zaman nampaknya sudah berubah, sekiranya dahulu, komen-komen berunsur ghairah dan lucah hanya didominasi oleh kaum lelaki, tetapi ‘sesuai’ dengan peredaran zaman, komen-komen sebegini nampaknya sudah popular di kalangan kaum wanita juga.

Pelakon Zul Ariffin kini sedang menghadapi ‘masalah serangan’ sebegini dari peminat-peminat wanita beliau yang meninggalkan komem-komen yang berbaur lucah dan ghairah di laman Instagram milik beliau.

Zul Ariffin yang berdarah kacukan Melayu Belanda ini bercuti di Ibiza Sepanyol telah memuat naik sekeping gambar berseluar pendek di samping sebuah kereta mewah dengan posing yang agak maskulin di akaun Instagramnya dipenuhi komen-komen peminat.

Pada gambar yang dimuatnaik, pelakon lelaki itu menyelitkan kapsyen Instagramnya dengan text: “Posing je..bukan kene bayar pun. Have a good day.”

Gambar itu telah mendapat lebih 60,000 likes dan lebih 1,000 komen yang majoritinya bercakap mengenai aurat dan kepejalan paha pelakon kacak itu.

Baca komen peminat dibawah…

fayyadratna: “Seksi ye”

widawatifantaghiroburhanrose: “Aummm”

whereistheloveee: “topless please”

aishah_sumayyah: “Weeii..peha ayam”

hunter_yayah: “Kete dah segak, tapi dengan adanya awak posing cenggitu, saya mengalami depression sampai tahun depan”

prvnes.edrxs: “Geramnya paha tu nak gigit je”

kilakunkun: “Wow…nak jadi tukang cuci kereta dan cuci baju pun jadi lah..@zul_ariffin .. tak payah gaji … free setahun”

tasha_zakaria: “Too hot to handle.. Auchhhhhh”

zalina_safril: “Terlalu mngoda”

sherlyn_seth: “Bikin melting”

sandra.nat.779: “Cekcii nyaa abanggg”

Selain daripada gambar itu, gambar Zul yang sedang memakai baju tidak berlengan dan juga gambar beliau di dalam sebuah bot dengan memakai seluar pendek di a turut mendapat ‘serangan’ yang serupa.



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments