loading...

Ayat Paling Sentap Buat Semua Pejabat Zakat Di Malaysia!

Artikel oleh saudara Saff Rainz beberapa tahun lalu ini kami kongsikan semula buat semua bagi menyelami perkara yang berlaku berkaitan peranan pejabat-pejabat zakat diseluruh negara.

Saff Rainz

Permohonan maaf! Kepada semua pegawai zakat di seluruh negara, aku minta maaf sebab dah kantoikan yang kau orang buat kerja sekadar untuk gaji sahaja.

Ya, aku tahu kau orang terpaksa ikut prosedur, masuk jam 7 pagi balik jam 5 petang.

Masuk kerja pagi, semak nama-nama asnaf di komputer, main telefon kejap, lepas tu rehat, lepak di kedai-kedai dan borak, kemudian naik balik.

Kau orang tanpa jadual bertugas mencari asnaf, yang padahal kau orang tak cari pun. Sampai petang, kau orang punch card, lepas itu balik.

Bukan aku tak tahu yang melenting-lenting dalam inbox itu kata tempat dia bagus bagai, sorry, aku tak percaya.

Kau pergi la ke pejabat Zakat Negeri mana pun, kalau setakat nak minta RM300 sebulan bantuan dapur, itu pun kena tunggu berbulan-bulan. Itu pun tak tahu dapat ke tidak.

Tambahan pula, kalau nak minta bantuan belajar, bantuan bencana yang jumlahnya ribuan ringgit, lagi kedekut.

Kalau kau nak tahu, wang untuk orang yang nak sambung belajar wajib ditanggung sepenuhnya oleh Lembaga Zakat tanpa bayar balik.

Bangunan Pusat Zakat dinaik taraf bernilai jutaan ringgit menggunakan duit zakat yang sepatutnya digunakan untuk menampung atap-atap bocor rumah orang miskin, manakala gaji-gaji pegawai tinggi dengan angka yang tidak masuk akal!

Aku tahu ambil zakat boleh terima gaji dari duit zakat tetapi berpada-padalah.

Sepatutnya gaji penjaga Baitulmal dibayar oleh kerajaan, bukan Baitulmal.

Kau orang duduk dalam pejabat zakat yang ada aircond (bayar aircond guna duit zakat), kena sedar, jika ada bencana banjir atau apa-apa musibah, organisasi Islam antara bantuan yang paling lembab sampai ke tempat kejadian.

Dah lembab, ada pula prosedur bagai. Ini adalah fakta!

Kau orang boleh rujuk, kebanyakan bantuan bukan dari pusat zakat tetapi hasil dana orang awam dan persendirian.

Kau tahu organisasi apa yang datang seawal 12 jam pertama? Persatuan Kristian dan Buddhist!

Disebabkan kelembapan pusat-pusat zakat ini menyalurkan bantuan, orang-orang bukan Islam sudah mengambil peluang dan berjaya membuat orang Islam tertarik dengan agama mereka serta kesannya setiap kali bencana.

Mesti ada orang Islam yang tukar agama. Nampak tak kesan dia?

Yang duduk dalam pejabat zakat itu takkan tahu makna kesusahan, sebab mereka tidak pernah masuk tempat sampah untuk mencari rezeki, tak pernah menangis kerana lapar, tak pernah makan biskut untuk sara keluarga.

Kau tak rasa dan kau tak cuba rasa. Hasil dia, orang Islam terpaksa meminta bantuan dari badan-badan bukan Islam sebab lagi senang nak dapat.

Padahal Allah telah berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 2, "Berlumba-lumbalah kamu dalam melakukan taqwa dan kebaikan dan janganlah kamu berlumba-lumba melakukan dosa dan maksiat."

Kalau ulama-ulama dan ustaz-ustaz tak nak tegur, ini aku tegur. Aku tak takut penjara, aku tak takut mati.

Ketika Baitulmal penuh dengan ratusan juta duit zakat, kita masih melihat dimana-mana sahaja ada pengemis Islam. Jauh sekali nak bantu pengemis bukan Islam. Kan?

Macamana benda ini berlaku? Aku bukan menyalahkan pusat zakat 100% tetapi kalau setakat seorang dua yang amanah, takkan jadi.

Mereka yang berada di pusat zakat itu mesti tahu kan tentang skandal wang derma Palestin yang bernilai RM500 juta lebih itu.

Duit itu hilang kan? Ada toyol ke? Bangunan-bangunan yang mereka duduk itu bernilai jutaan ringgit kan?

Tetapi bila orang minta sedekah, kau orang susah nak bagi on the spot walaupun RM10!

Sebab itu aku pesan, tak payah bagi wang zakat pada mereka yang tidak amanah ini.

Bagi terus pada asnaf, tentunya mereka dapat tanpa perlu merayu dan mengemis.

Aku harap kau orang faham. Itu saja yang aku minta, faham.

Ubah, sepatutnya kita yang tunjuk contoh kepada bukan Islam, bukan sebaliknya. -Saff Rainz

BACA INI JUGA: Istidraj, Nikmat Allah Kepada Manusia Ingkar

Sumber: Kertassputih



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments